Khamis, 18 Mei 2017

Lapik pakai talam kalau tangan tak muat

Dah siap siap bergelap semalam, boleh pulak husband syima join FB live. Dah lah bunyi macam pidato, kejap kuat kejap slow suara, yang husband syima boleh pulak buat-buat tak faham yang anak dia senang terganggu kalau bunyi macam video best sikit. Dah orang tu tak jadi nak tidur.

Sekali pelepap kena lempang.

Terus terkaku masing masing yang tengok live tu. Tak tahu lah nak kesian ke tak.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Ha itulah dia. Memang takde lain lagi dah. Benda hal hal percakapan ni, sebenarnya betul lah kata orang tua-tua. Kena berlapik sikit. Kita bukan nak kipas orang sampai nak jek jek dia jadi paling dewa sekali, tak. Kita cuma nak tunjuk kan kita ni bijak sikit, bersopan sikit. Tu aje.

Ada satu situasi yang mana si A tengah melepak luar rumah si B yang merupakan orang tua. Si A ni muda belia. Yang si B ni takde apa apa pun sebenarnya, tapi dia lempang nya si A ni tadi. Sebab nya cuma si A ni menyembang macam tak hormat orang tua lain. Dok la mencarut carut benda mengarut. Lempang dek carutan tu dah satu hal. Yang ko beria membangkang orang tua tu dah kenapa? Kot ye pun, town down sikit intonation ke, change frasa ke, jadi lah macam ko bagi pendapat. Ni tak, sama gaya macam bercakap dengan member.

Dalam discussion suami-isteri-family pun kena jaga jugak cara kita bercakap. Jangan nak pikir kita aje yang betul. Nanti boleh jadi nampak nau kita ni paling bodoh. Mula-mula cerita pasal malas, lepas tu kait dengan duit, pastu kait dengan nafkah, pastu kait dengan masa. Eh dah kenapa macam takde benda spesifik nak dibincangkan? Kenapa macam dah jadi macam 'saja cari pasal'?

Addressing someone jugak kena betul. Kalau orang tu pangkat pak, mak, abang, dato seri hatta kawan sebaya pun kena jaga-jaga. Kang kot dok semangat sangat nak sembang, dari abah-ateh terus jadi abah-aku. Mana tau semangat nak cerita kat abah tu macam bersemangat nya sembang kedai kopi dengan member.

Benda benda macam ni, syima percaya kita yang kena mulakan dulu. Tak payah nak harapkan orang lain. Dari kecik kalau dah biasa polite, kelak bila besar dengan sesiapa pun boleh polite. And macam mana situasi pun mesti kita boleh turn the question kepada polite way.

Ni kita asyik nak harapkan orang je yang sujud tapak kaki kita. Yang kita ni nak sangat mendabik dada.

Bukan susah pun. Just go back and practice.






Rabu, 17 Mei 2017

Bukan penyelamat namanya

Syima tak tahu apa cerita sebenar pasal pelamin RM150 tu. Tapi secara kasarnya cerita dia, pengantin ambil pelamin RM100, sekali pelamin yang jadi masa kejadian tak sama dengan pelamin contoh. Entah macam mana ada pulak superman yang bagi pelamin RM 150 yang kalau ikutkan sama taraf dengan yang rm 1000. Paling cikai dia boleh dapat yang pelamin baru tu, rm600. Tu paling cikai lah. kalau jumpa yg rm 600 tu memang boleh sujud syukur rasanya.

Itu syima tolak tepi.
Syima nak cerita macam mana syima buat pelamin syima ni. ni dah paling murah dah ni. sebabnya semua memang tahap diy.

langsir rm7 x 6 meter x 2 pattern
railing (amik ibu punya)
tap langsir (rm1x 3meter)
pasu rm60
bunga rm50
spotlight pinjam
carpet pinjam
alas pentas rm3x 3meter
chandelier rm30
kerusi rm400
total lebih kurang RM650

See memang tak sampai seribu pun. Tapi syima tak kira dengan kudrat yang membuat nya. Yang dok cucuk bunga, yang dok jahit langsir, yang dok pasang spotlight.

Let say syima charge sorang rm3.50 macam syima dapat masa kerja 7e dulu. Nak buat tu semua je makan hari, dah berapa pulak syima nak charge. Tak ke tu dah jadi modal jugak. Ada pikir manusia yang nak tolong tu nak berbayar jugak? Berapa ramai aje lah manusia kat bumi ni yang tak kisah tak dibayar. Kalau pun tak dibayar, mungkin cuma sekali dua. masuk 44 kali, dorang mesti tak datang dah kalau enko jemput untuk tolong2 majlis.

Dapat pulak ipar duai sedara mara yang jenis berkira malas nak tolong. Mau mereput pengantin sorang sorang dok anyam pelamin.

Ni untuk pelaminan aje tau. Untuk pasu bunga telur tu lain kira pulak. Untuk Alat merenjis lain pulak. Kipas malu malu kucing tu pun tak kira.

Nasib sekali seumur hidup, kalau berkali-kali? memang tak lah syima nak repeat lagi. Penat tahu usaha kita tu tak mendatangkan faedah. Dah lah bersanding tu bukan wajib. Tapi reason syima buat tu pun nak kenangan gambar tu molek sikit lah hendaknya.

Yang si penyelamat pelamin RM150 tu, kalau ada yang PM bertalu-talu nak pelamin yang sama satu Malaysia, nak ke dia jadi 'penyelamat'?

Konfem terus taubat.

Tapi kalau itu cara nya nak marketing kan diri, it is crazy man. Anda sedang membunuh diri sendiri rasanya. Kalau di-reject permintaan yang ramai-ramai tu tak jatuh ke reputasi? Malaysian nowadays kuat viral kot.

Sebab tu kalau tang bisnes kalau kita buat untung 'sedekah' ni, ramai yang endup dengan bungkus. Tak tahan beb, kerja separuh mati, tapi ambil untung sikit sesangat. Bila tak berbaloi, nanti hujung-hujung akan putus asa bila bisnes orang lain makin maju, bisnes sendiri tak nampak hala tuju.

Sekarang syima into Shaklee pun sebab dah fedup dengan jadi agen. Sekali nak grab agen, kena sedebuk RM400. Item tak sold pun dalam sebulan. Selalu sold dalam 3 bulan. Alahai, bila nya nak kaya macam tu. Nak jadi dropship lagi lah.

Kalau Shaklee, untung runcit sendiri tentukan. Berapa sale kita tu nanti akan jadi point. With this point, kita boleh turn kan into BONUS. Masuk lagi duit syima 14 hb setiap bulan. Alhamdulillah this is the best ever dropship.

Bukan tu aje, ada support group dari Master Doctor Hasifah. Sangat faham dengan dunia orang orang yang zero in business.

Kumpul points boleh dapat CARBONUS. Suka hatilah nak beli apa pun. Ada yang buat beli rumah, ada yang buat beli kereta.
Setahun sekali punya points terkumpul boleh dapat free trip.
Kalau macam ni punya bisnes, baru lah rasa I LOVE MY JOB.






Selasa, 16 Mei 2017

yang pernah rasa mesti insaf

Sejak dua tiga menjak ni syima kerap kena bengkak susu. I was like, kenapa ye nak bengkak susu padahal almost wean off? After a few selidik research bagai, baru lah syima terfikir kenapa.

Dalam proses wean off ni, ada masa syima jarak kan masa susu. Faiq kan kadang tu nak susu beria tak ikut masa. Yang syima pulak nak kurangkan kekerapan menyusu so nanti susu drop lah kan? Gitu lah konsep dia. 

And entah macam mana masa tu, susu dah clog tapi tak sedar. By the time Faiq nak minum susu, dah tersumbat so sakit. Sampai ke ketiak ketiak sakit.Ketiak ni kira dah garis nak demam lah kiranya. Kalau demam, kompem kena gi klinik.

Masa mula mula jadi tu hari jumaat. Syima mula dah rasa nak demam bagai, siap whatsapp husband bagitau tak boleh masak sebab nak demam bengkak susu.

I have no idea nak buat apa masa tu.

Some petua bengkak susu cakap tekup dengan mangkuk kobis. Which means kobis helai yang berbentuk mangkuk. Tapi masalah lah pulak bila dengan kobis ni, kobis lebih men-drop-kan susu. Kalau macam syima yang almost nak wean off maybe takde masalah.But to others yang anak masih lagi guna 5-6 oz per session?

Dan lagi masalah bila kobis memang takde dalam peti ais. Syima memang tak makan kobis sangat sejak breastfeed. Nak elak susu drop punya hal.

Hujung hujung husband nak balik tu, baru teringat yang rumah ni ada Lecithin. Kelam kabut telan direct 6 biji.

Faiq sangat lah behave ye bila tau mak dia ni sakit kat situ.

Selesai makan lecithin, syima mandi air suam. Then cuci yang tersumbat dengan cotton bud.

Sejam lepas tu terus tak sakit dah. But ketul masih ada lagi tau. So syima just continue dengan kosongkan tangki aje. Easy for Faiq. Senyum senyum dia dapat tau boleh susu banyak banyak banyak banyak. Kahkah.

Effect dia, kalau sebelum ni susu banyak pun jarang lah nak terpancut, masa first nak adjust boleh pulak susu memancut mancut. Heavy flow betul sampai terkejut anak aku.

Alhamdulillah, kemudian kemudian tu bengkak makin pulih. Dari 3 ketul jadi seketul je bengkak nya.

Untuk yang nak tahu bagaimana Lecithin mengatasi bengkak susu, biar syima ceritakan sikit.

Lecithin ni berfungsi mengemulsikan lemak. Bahasa mudah nya mencairkan lemak. So susu adalah lemak, so lemak cair. Susu laju. Gitu.

Lecithin biasa nya digunakan untuk orang yang nak kurus. Tapi boleh juga untuk atasi bengkak susu ni tadi. Kesan nya pada syima,sangat membantu.

Lagi best kalau guna masa berpantang. Boleh dapat effect kurus and susu lancar lagi.

KELEBIHAN LECITHIN
  • Membantu tubuh menyerap Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K yang larut lemak
  • Membantu merendahkan lemak dan kolestrol
  • Menghalang pembentukan lemak di hati
  • Membantu membakar lemak untuk kesan pelansingan
  • Menggalakan peredaran darah sekaligus membantu mengawal tekanan darah
  • Meleraikan toksin dalam usus - membantu mengelak sembelit
  • Mengemulsi lemak susu pada saluran susu yang tersumbat
Sekarang dah tau trick nya, ada je rasa macam nak jadi clog besar, terus ambil. Sebab bila dah jadi clog, badan terus akan down sebab sakit nya tuh disini sangat mengganggu aku. Haha



Korang yang berminat nak order Lecithin boleh whatsapp syima. Syima sekarang dah jadi Shaklee distributor. Hanya harga terbaik untuk customer syima. Package dengan consultation sekali.

Takde lah beli kat entah mana mana, sekali dapat dah nak expired bagai. Lepas tu, siap terkontang-kanting tak tahu cara guna.

Order dan consultation
syima
018.3252.507