Isnin, 2 Januari 2017

Christmas at Melaka Part 1

Walaupun dah masuk 2017, syima tetap jugak nak update hal Melaka.

Its a unplanned short vacation to Melaka. Mana tak nya, masing masing tau cuti christmas Melaka mesti sesak. Town kecik penuh dengan tourist luar and dalam. Termasuk lah ioolss (-_-)

Rezeki bercuti kali ni pun sebab nak test drive kereta baru. Saja nak cepatkan mileage naik. Boleh cepat cepat merasa service kereta baru. Kahkah

Disebabkan unplanned dan bertembung pulak dengan cuti khas, hotel jangan nak harap ada ye. Kelam kabut syima carik hotel. Demand tinggi pulak tu, nak hotel yang walking distance aje dari mana mana (A'Famosa etc). Syima kan bakalan menggendong Faiq Iman and ayah dia belum tentu rajin nak jalan jauh jauh.

Gerak dari Wangsa Maju around 9 am..expected akan arrived before lunch hour. Amik kau sampai area Pantai Klebang pun jam 2. Terasa seperti balik kampung Pahang terus. Semua gara gara jalan jem kat highway, and waze suruh ikot jalan kampung kalau nak avoid kenderaan yang begitu kura kura sekali bergeraknya. 


kebosanan tunggu orang habis jumaat, mangkuk tingkat shaklee pun boleh jadi toys

Mangkuk tingkat ni kecik je, just nice kalau untuk short vacation nak bawak ESP, Mealshake, and those pills. Ye lah, tak kan nak angkut sekali dengan almost 1kg of ESP tu kan. Takat nak pergi Melaka dua malam, alahaii..


Staying the first night at Equatorial Hotel, walking distance je dengan Dataran Pahlawan. 


Tengok, siapa yang paling pandai menikmati kesedapan katil hotel? Padahal baru ni rasanya dia pergi hotel. Katil rumah sedap Ikea tu tak pulak kau buat gini ye?

Esok belum tentu dapat hotel ada pool

Ha yang berenang kat belakang tu, spesel sikit. Air dalam bathtub tak main wei. Air sungai, tak jejak lantai. Air pool pandai pulak bawak diri. Ikot siapa ni?

Book hotel terkejut terkejut ni satu je masalah nya. Kau cuma dapat one night je. So esok kita kena carik hotel lain. Tu lagi suprise tu, we have no idea hotel apa kitorg bakal jumpa. Silap silap tidur dalam kereta.



Ada tempat chillin chillin layan whatsapp kat bilik ni. Best lah nengok luar. Walaupun view bukan menghadap Menara Taming Sari. Malam punya view lagi best. Tapi takde gambar sebab syima lupa. After maghrib kitorg terus memulakan expedisi.

Hujan renyai masa kitorg start keluar. Itu dah satu hal, kenapa pulak kitorg mesti pergi masa musim hujan. Hahahahaha sangat

Tak banyak sangat nak amik gambar masa malam ni. Sebab hujan renyai renyai, kebanyakkan masa syima dukung Faiq Iman dengan 'tudung' dia. Hp simpan dalam beg. Malas nak kelek payung sekali. 


Faiq sangat teruja dengan bot ride melalui Dataran Sungai Melaka ni. Murah je kalau tengok ticket price. Tapi umat yang beratur take turn nak naik bot, Allahu. Sekian terima kasih aje lah. 

Masa ni pun hujan lagi. Payah sikit nak beratur panjang dengan tempat tak berbumbung. Faiq ni pun cepat bosan. Sat gi dia berkuntau kat situ, memang kitorg mak pak decide balik je kang. 

And dia pun bertempik nak naik beca.


Pakcik yang kayuh beca ni sporting. Awal awal dah tawar diri nak amik gambar satu family. Siap adjust beca kasi lighting power lagi. 

Faiq yang begitu bertempik tadi, terus keras kejung bila dah naik beca. Dah kenapa kau nak?

20 minutes ride yang seronok bagi kanak kanak. To me, baik kita naik bot. hehe

Bila dah takde hujan, Faiq memang tak boleh duduk diam. Historical area ni pulak kan car free zone, so dia rasa bebas nak lari lari. Ini je gambar yang proper + tak bergegar. 


Almost midnite makin ramai orang keluar. Jonker street sangat packed, sampai we decided patah balik. Tak dan nak carik kedai baba nyonya yang famous tu. 

Staying depan Stadhuys around sejam, lepak amik angin, Angin tepi sungai kuat. Terus fefeling angel dengan tudung instant first time pakai ni. Hahaha. Ada busking tau. Best sangat lagu lagu nya!

And after all, memang syima sorang je lah amik gambar. Faiq Iman main panjat tangga, bapak dia lebih gemar melepaskan lelah. 

Esok, Part 2 at Melaka pulak ok?