Sabtu, 26 Mac 2016

Gaji

Tadi nak ke Danau Kota sebenarnya. Alih alih ke Ali Maju je. Laki aku cancel plan sebab malam gaji kata dia.

Dok melangut tunggu order sampai, aku merati sekeliling. Mata dah rabak. Ikotkan mata, nak je aku landing kat meja. 

This is what i saw :-

1. Parents dengan toddler naik moto cabuk, pusing pusing ntah carik apa. 
2. Parent dengan 2 toddler naik moto up sikit dari cabuk, berhenti. 

Rasa nak menitis air mata. Nak banding aku dengan 2 situasi ni. 

The first parents yang naik moto cabuk tu tengah carik kucing nak bagi makan. Dan aku tengah menikmati megi goreng sikit pon tak terfikir nak put a side income right after dapat 'gaji'. Kat motor dia, ada seplastik besar lagi pack makanan kucing. 

While the first parents (aku assume dah gaji) menjamu kucing, the second parent tengah ketuk tin tin kosong untuk minimum kan penggunaan ruang. 

Speechless.

Aku masih lagi makan. 

Jumaat, 25 Mac 2016

Ipoh

Last weekend, secara gopoh gapah nya terus pack nak balik Ipoh. Memula plan tak nak balik. Biasalah laki aku ni mana nak hadap jalan jem bagai. Nak nak ke utara masa musim cuti sekolah. Tapi dah semua adik beradik dia dok plan nak bercuti. Hadapkan aje. Nasib jalan lengang. Kalau tak masak 6 jam. Tobat tak nak balik kampung lagi dah pastu. Hahah
Kali ni balik, overall aku laki bini tak penat sangat macam yang last time. Masa last time balik, si Faiq ni baru 75% loading cara jalan dia. So asyik nak kena perati je 24 jam. Kang tak membontot dia, jatuh kang tak memasal. Itu belum lagi masa aku membontot ke dia, dia tetap jugak luka situ sana sini. Sigh
Tetiba anak aku dah ada kat luar rumah. Reti pulak nak carik port sejuk. 
Ipoh panas dia lain macam kali ni. Yang si Faiq ni pulak, asal kan aku panggil untuk susu je, gini lah gaya dia. Tak mau katanya. Penyudahnya, bantai minum air manis bergelas gelas. Tak kesah lah nak,,, jangan ko dehydrate udah lerrr.

Malam tu malam first kitorg kat Ipoh. Aku tak pasti lah kalau kat tempat lain kat Ipoh panas jugak ke tak. Tapi memang aku tak boleh nak tido. Faiq pon siap berjuta kali dok setting badan carik kipas. Padahal tempat kitorg tido tu kipas dah laju. Tingkap semua aku bantai bukak. Fenin mak. 
Esok nya, terus aku ikot bebudak ni lepak Kolam kat stadium. Ko tengok tu, swimmer boleh pulak tidur. Padahal dia yang excited nak pakai swimming suit before gerak tadi. Alih alih tidur. 

Tu la...semalam tak tidur pagi, tak tidur petang..Pastu malam nya tidur tak nyenyak..Itu bahana nya. 
Ni cubaan kitorg nak jaga kan dia. Saja kasi alih sana alih sini. Tak ade nya nak bangun. Buat deeeekkk je dia. Last last abg abg dia usik, bising bising, pegang pipi dia dgn tangan sejuk. Jaga juga. Haha

Tak ingat mak ye uollsss..
Boleh pulak tersama baju dengan bapaknya. LOL

Esok nya, ahad, kitorg plan nak ke Cameron. Janji nya nak gerak 730 pg. Tapi, masing masing still lagi berkubang. Sebab malam tak nyenyak tidur akibat kepanasan. Last last pukul 12, ke Ulu Chepor lah kita. Nak ngelak kan cuaca panas punya hal. 

Almost 2 jam Faiq berendam sampai dia sendiri nak naik. Sebab dah menggigil. Sedap la sikit badan untuk hari ahad tu. 

No picture kat Ulu Chepor ye. Sebab aku sekali sibuk berendam. Orang ramai sampai parking penuh..Batu batu sungai semua ada penghuni. Kang kalau aku naik amik hp, batu aku ada orang amik. Kihkihkih.

Isnin nya, memula nak balik lepas subuh sebab nak sejuk berganda. Alih alih petang baru gerak. Tu pon bila hujan dah start. Around kol 5. 

Alhamdulillah selamat sampai pukul 930mlm. Hahaha..Lama gila travel Ipoh-KL. Bawak slow sebab lori banyak..pastu banyak pit stop.

Bila ada anak sorang ni, banyak aku pikir, Bukan senang nak handle budak yang banyak tenaga ni. Mak nya kena kuat, banyak tenaga sama macam anak. Kalau letih je manjang, tu yang sampai tanduk tembus kulit kepala tu. 

Tapi just ingat satu benda lah. Kalau kita sebagai mak kuat marah, anak jadi kuat marah. Tetiap kali aku nak marah Faiq, aku cuba ingat tu. Kadang terbabas jugak. Sebab 24 jam dia bawah ketiak aku. 

Masa ni ayah ayah kena main peranan jugak. Jangan kan sebab isteri suri rumah, di lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kat bini. Anak engko jugak pak nya. Tak kesian ke anak tak dapat kasih sayang bapak?

Macam aku laki bini, sebabkan siang aku jaga..bapak dia sendiri willing nak mandikan petang, suapkan makan, bersembang baby talk. Kadang tu, bapak dia jadi kerusi empuk masa tengok Upin Ipin. 

Syukur dapat laki macam ni. 


Minyak Kelapa Dara D'Aura untuk mudah bersalin.
RM79 / set + FREE POSTAGE

Aku guna ni untuk tambah tenaga sekarang. Masa pregnant dulu, aku consume untuk elak gunting ketika bersalin. Dapat elak gunting, dapat lah jugak elak jahit. Semua atas ketentuan Allah. 

Nak order, whatsapp 018-3235-798.