Isnin, 13 Julai 2015

Soya 1 litre RM1.30


seluar baju melayu budak 1 tahun

Petang tadi aku tersaksikan kucing kena lenyek. Jadi aku tak lalu nak tido. Nak kelip mata pun takut. Jadi aku buat baju melayu budak ni. Dah siap nanti aku upload sekali ngan model nya.

sambil minum soya

Kat jusco tadi ada promo soya seasons. Kotak 1litre RM1.30. Aku ingat kan yang nak expired punya. Tapi sebenarnya tak. So aku rembat 2 kotak.

Rasanya kat mana mana pon sama kot. Sebab nya, kelmarin kat param kampung baru aku nampak the same thing. Sama jugak masa aku pergi param danau kota.

Jumaat, 3 Julai 2015

milkbooster ; tips susu banyak


Hari yang ke 15 kita puasa.

Ada lagi ke mommy yang gagah berpuasa sambil menyusu. Direct feed atau bottle dua dua ada cabaran nya. Baby boy ke girl ke bukan persoalan. Tak payah nak gaduh gaduh okay?!

Well ini kan pernah jadi isu.

Kah Kah Kah

sedih tak dapat susu

Sepanjang menyusu kan Faiq ni, dah bermacam petua tambah susu badan aku try. Ada yang jadi ada yang tak. Ye lahh badan lain lain kan. Mommy mommy boleh cuba bahan bahan yang aku senarai kan. Mana lah tahu berkesan ;)

Longan kering
Aku beli kat kedai ubat cina. Dorang suggest rebus dengan kurma merah. Tapi aku try tak sedap. So aku just minum air longan kering aje. Boleh lah nak buat minuman ruji. Cara buat pon senang. Rebus aje.

Kurma
Tak kisah la kurma apa pon. Macam aku cakap kat atas tu, kedai ubat cina dok suggest air kurma merah. Jangan kurma ayam udah lah ;p

Horlicks
Aku try minum horlicks masa dalam pantang. Banyak membantu. Horlick kan tambah tenaga..lepas tu macam kenyang sikit kalau minum. Puncanya aku minum horlicks pon sebab aku ada tengok discovery channel cerita perihal lembu susu makan barli bermalt + gandum untuk banyak kan susu. Pastu aku tengok Dr Halina (isteri angkasawan) pon amalkan benda sama.

Habbatussauda
Aku gigit gigit sampai rasa pahit dia lekat kat lidah baru aku minum air. Kalau hari yang aku banyak kali makan, banyak gila susu. Tapi awas. Habbatussauda ni macam panas sikit. Makan banyak, badan, tekak semua rasa kering. Sort of penggalak kita minum air masak banyak. kan lagi banyak minum air lagi banyak susu?

Halba
Rempah ni, aku selalu tengok mak aku je dok campak dalam lauk. Tak pernah pon nak beli even nak masak lauk yang sama macam mak aku masak. Tapi disebabkan omputih makan untuk tambah susu, so aku try. Caranya rendam dalam air panas sampai air tu sejuk..Pastu air nya diminum. Halba biji tu aku tak makan macam Habbatussauda sebab boleh sangkut kat appendiks.

Lobak Putih
Yang ni aku tengok isteri obefiend upload kat instagram. Kalau orang cina dorang makan mentah/jus. Tapi aku xsanggup. Buat sayur rebus, baru aku makan.

Banyak lagi petua sebenarnya. Korang boleh try and error. Nak cukup kan 2 tahun penyusuan tu banyak cabaran. Lagi lagi bila puasa ni.

Petua kat atas semua yang aku try. Setiap satu memberikan output berbeza. Ada yang pekat tapi sikit. Ada yang cair tapi banyak. Ikut bahan nya.

Tapi ada satu lagi milkbooster yang mantap. Aku try sekali terus jatuh cinta. Chewah!

dah minum separuh


Bahan-bahan:
7 biji kurma dibuang biji
1 botol air soya jenama Vsoy
1 sudu kecil habbatussauda
1 sudu kecil halba *direndam dalam 100ml air panas sampai air jadi sejuk

Cara nya kisar semua bahan sampai lumat.

Rasa air soya yang ada rasa kekacang sikit..manis..yang pasti sedap.

Kurma apa brand pon takpe. Aku pakai brand BAM. Manis buah bukan yang manis rendam air gula. Vsoy aku pilih sebab yang ni yang paling close dengan homemade taste. Habbatussauda aku jenis yang bijirin rempah tu. So kalau korang nak pakai oil punya ke, kapsul ke terpulang. Halba pon sama. Kalau korang ada yang oil, guna lah.

Bersedia lah untuk party susu esok.