Ahad, 18 Oktober 2015

kisah makan




Hari ni dah seminggu faiq tak nak makan nasi. Aku bebetul struggle nak suap dia. Banyak masa habis kat lap lantai nasi tumpah, kejar dia macam kejar ayam nak bawak sembelih and bertukar tukar resepi. Kadang tu dalam sehari aku masak makanan untuk dia aje dekat 5 kali. Penyudahnya aku yang makan atau ke tong sampah. Dah la rezeki ni kalau kita dok buang, nanti dia tak nak datang dah. Terpaksa la aku makan. heheheh. Hujung hujung hari, aku ngan apak dia ke kedai mamak jugak. Order kan roti tulur kasi dia makan. Makan memang makan. Tapi tak kan hari hari nak bantai tulur? Kolestrol nak campak mana? Serat nak rodok kot mana? Sigh

Bila masa macam ni, aku salute betul dengan parents yang mampu menggebukan anak dorang yang sedang mengalami fasa tak nak makan ni. 

mintak la daddy beli stand hp. kihkihkih
Tengok aje Lara Alana, sebaya je dengan faiq, aku tengok perut bulat siap letak hp atas perut. Jangan kan dia, sepupu faiq si hana ni pon dah padu. bontot ngan perut sama sama naik. 

hana dan kepaduan punggung
Kawan faiq ; hannan nama dia, ada satu fasa tu nak makan fries aje. Ko bayang kan lah hari hari mentekedarah fries. Dah kalau hari hari camtu, si Faiq ni kompem berak batu. Dah satu kerja pulak aku nak mengadap tawa dalam tangisan dia kat jamban.

Sekarang ni aku dok hari hari mengadap mamak lah. Sampai mamak kat kedai tu dah kenal anak aku dah. Siap dokong ke hulu ke hilir. Anak aku pon dah takut dengan makhluk berjambang lagi. 

Dalam pada dia tak nak makan ni, dokter selalu advise find any food yang buat anak aku makan. Sebab nya, kalau tak makan langsung, nanti faiq xde tenaga and last last dehydrated. Ye lah suma tu kan related. Tak makan nanti xde tenaga. Takde tenaga nanti malas nak minum air kosong. Kompem nak yang manis je. Pastu tak nak main. Lembik. Bla bla bla

Tu yang aku dok carik jalan nak kasi anak aku makan. 

So, anak korang makan ape? Cuba share sikit.