Selasa, 22 Oktober 2013

Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie

Assalamualaikum

Dikala hujan membasahi bumi, sedap kelon ngan suami. kehkehkeh.

Lupakan. Ekekekek.

Entry aku hari ni ringkas je. Entri nak join bloglist. Yang bermanfaat kepada aku juga kepada tuan punya segmen. Nak join just kelik picture dibawah yakni yang merah menyala tur. ;))



Syarat syarat mudah aje kot

1.Follower Blog anda 400 dan ke bawah
2.Tajuk "Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie"
3.Copy banner warna merah nie kemudian Link kan ke segmen ni
4.Follow blog botak-gambus.blogspot.com (PENTING)
5.Tinggalkan URL korang dekat ruangan komen

DONE! 

p/s : kalau nak join bloglist saya, lihat SINI. Tak perlu buat entri pon.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Random |1 gadis lilin

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan dua orang anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dengan bantuan cahaya handphone dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yang mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak ada lilin tak?"

Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!"

click gambar untuk view the collection

Ketika itulah si anak miskin berkata riang :" Saya sudah duga kakak tidak ada lilin. Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."

Si gadis merasa bersalah, dalam lenangan air mata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

Janganlah kita mudah BERPRASANGKA. dan BERKONGSILAH....

Keran kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak yang KITA BOLEH MEMBERI.

Selamat berkongsi.

snoopybabe

Selasa, 8 Oktober 2013

jiran secantik rozita che wan

Assalamualaikum.

Saya punya jiran. Jiran melets. Macam Rozita Che Wan. Selalu jaga kecantikan. Selalu jaga keperibadian. Selalu jaga cara pemakaian. Selalu jaga standard percakapan. Selalu juga jaga bau badan. Hah! 

Haha.

Tapi satu yang dia tak boleh nak jaga. Nak maintain ape tah lagi. 


email : hasyimah65@gmail.com

Bende yang dia tak boleh nak jaga, cara dia panggil suami dia. 

Di luar, di khalayak ramai, di depan paparazi, dia panggil suami dia bie....baby? habibi? hubby? ah tak kesah lah aku kan. 

Tapi laki dia tak kan pandang selagi dia panggil bie...laki dia cuma response bila bini dia sebut "Abe".

Hahahahahhahahaha. 

Nah nak jaga sangat standard. Kuikuikuikuikuikui. 

detailing baju ni sangat la gorgeous





Jumaat, 4 Oktober 2013

ATITA HARIS | OPI ANAK IDAMAN AKU

assalamualaikum

Atita Haris dan Opi. Macam satu fenomena pulak la ni. Semua orang nak follow kat Instagram. Tak terkecuali aku ler kan. hehe.

Follower humangaih banyak nak mati. 100k kalah retis tahu? FL pon tak banyak cenggini.

kau tengok follower dia. Kalah retis tau
fl pon xsampai ratus ribu


Aku kalau bukak Instagram Atita Haris ni, aku suka tengok si opi. FYI, opi anak tita tau (cewah camtu je aku panggil tita, macam dah kenal lama gitew). Muda muda dah kahwen, ada anak...mesti anak tu rapat ngan mummy nya nanti. Cakap pasal rapat dan keakraban, aku mmg suka lah Atita Haris ni. Dia walaupun pergi potosoot, dia bawak anak kesayangan, si opi nih. So sangat anak mommy tau. Opi jangan notty ye :))

Tita ni rajin upload video opi. Opi pulak sangat la paham yang dia bakal terkenal, so dia buat la muka cuteness overloaded die tuh. huh. Suka tau opi ni pancing aunty tengok Instagram Mommy hari hari. :p

So nanti kalau aku pregnant, aku nak buat wallpaper hp gambar opi dan tengok video opi hari-hari. Biar sama comel, sama gedik comel, sama camwhore comel macam opi. Semua yang comel sama lah.

Makanya, aku jadi tersenyum, gembira dan hilang stress.

Atita Haris
Sangat cantik okeyh!!!!! Sekali tengok , pandang, jeling aku rasa macam Hanis Zalikha pon ada. Dagu sama..

ohhhh suka nya aku kat kau opiiiiiiii
TETAPI dalam kegembiraan aku ni, ada jugak yang tak suka ngan Atita Haris. Comment kat insta nak gambar opi aje..tak nak gambar tita atau iklan yang tita buat. Sian tita.

Bukan ke terang lagi bersuluh tu page tita bukan opi? Deng! Kepala pengomen tu mesti letak kat lutut. Ke dia terpikir nak opi ada insta sendiri? Can opi selfie? Kalau opi ada acc sendiri, mungkin xsekerap ni dia akan muncul. Sbb dia mana reti selfie. ngeheheheheheheh

So to Atita Haris, just be yourself. i love you and Opi. u make may day bebeh.

To people out there, dont be silly. PLEASE.

(source : google)

p/s: kegembiraan hak milik setiap insan.

Khamis, 3 Oktober 2013

5 blog yang paling kerap dilawati

assalamualaikum

Setelah sekian lama aku bersarang, HARI NI aku nak story mory mary 5 blog yang paling kerap dilawati oleh aku. Kekerapan yang aku maksud kan ialah asal dapat online je aku mesti pegi sini. Asal ada wifi free detacted je mesti aku nak tengok ape dorang update..Walaupun intenet slow seselownya macam siput babi. Sampaikan aku takde kisah pun kalau blog aku tak ber-update. SIYES TAU. I tak tipu punya :)) hehe.

BLOG PERTAMA : Irine Nadia Marcello

Blog ni aku baru je follow, takde la baru sangat dan takde la lama sangat. Sebab aku start follow Irine since coursemate aku Hariz Zakwan (Hariz&Team Wedding Services) yang upload gambar dia kat Facebook. Since that aku follow kerena Irine ni macam wonderful punya orang. Thus, banyak info. Info ape? cekidaut yourself . TAK RUGI PUNYA!!! Now, hot selling item kat blog dia adalah diary penyusuan susu ibu a.k.a breastfeeding journey. as at today, aku still lagi tak khatam blog si Irine ni. Khatam Quran je banyak kali. Alhamdulillah.

ni la gambar yang terus membuatkan aku terus jump ke page si cantik manis ni (source : google)

BLOG KEDUA : fa. ismail

Blog ni lagi lama aku follow. Ntah tahun bila. Lupa dah.. Aku suka tengok fa ni. Kekiut kiut aje jual baju. Dia jugak aku jadikan macam role model untuk aku follow in bisnes lah. Mentor gitu. Mentor sesenyap. Tapi aku tak rasa aku macam amik ilmu...aku macam cuci mata ada lah. HAHA. Fa juga one of  Hariz&Team customer. Baju melets macam mak ayam. oh maiiiiiiii... aku kalau cite pasal fashion baju kahwin ni, tertibe fefeeling nak kawen lagi sekali pule. ececehhhhhh

gorgeous ke tidak??? (source : Hariz&Team Fb)

BLOG KETIGA : Perempuan Jomblo

Bunyik macam kasar kan?? Perempuan Jomblo. Haha. Aku ke sini dulu sebab aku nampak comment dia ke hape ntah. Lupe dah. Cara dia tulis time tu (cth time comment) macam otai rilek aje sembor. Aku suka dia gini. Ha...untuk yang mana nak tau, akak kita ni testimoni yang paling hardrock untuk HERBALIFE. Dia dah berjaya selim kan badan dia wooookkkkk!!!! Kalau tak silap aku first pregnancy, dia gain 20kg..So, enkorang bayangkan la orang yang gemok gedempol dah jadi selim semula. Tak ke macam buat lyposuction gitew??
tegar ke tidak akak kita ni ngan herbalife? (source : side bar perempuanjomblo)


BLOG KEEMPAT : ben ashaari

Blog abang Ben ni dr aku start blogging aku dah terjumpa. Dari blog lama aku yang aku dah lupa password sampai la aku kena buka blog baru. Kira nya aku nampak la kemajuan dan kejayaan blog abang Ben. Sedikit sebanyak aku jadikan dia mentor dunia blogging. Yang menarik perhatian aku dan ramai pengunjung blog abang Ben ni, aku rasa tentulah anak bujang dia....QHALIFF IMAN. Gebu tau. Macam pau.

qhaliff di zaman ke-gebu-an (source : santai ben ashaari)

BLOG KELIMA : Ailyl Rozanna

Blog terakhir ni, aku layan dari zaman remaja..Remaja tau i oolllsss... Dari kak Ailyl ni kerja receptionist sampai la jadi suri rumah berjaya. Bila zaman remaja, aku dulu cuma nampak blog ni je la. Very the gegurl tau. Editing tutorial ada, makeup, mini shop mall pon sini jugak. Kalau korang nak tau ape kak Ailyl i ni jual, ko cekidaut at WWW.AILYLROZANNA.COM.

Nampak tak hot selling fast product tu? Pergi la grab cepat!! (source : ailylrozanna)  

Habis dah sudah 5 blog yang paling kerap dilawati oleh saya. Anda bagaimana?


Selasa, 1 Oktober 2013

instagram/ hasyimahshe

assalamualaikum.

lama betul blog ni bersawang.

see...this entry pon sampai kena google sawang.

haih~ 


maaflah lately bercinta dengan instagram. do visit me at insta/hasyimahshe for fast/latest update.